BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 20 July 2011

WARGA KAMPUNG

assalamulaikum.... salam satu malaysia sy sbgai wakil pade kluarge encik mokles bin berni... memohon jas baik anda semua untuk mendoakan kesihatan beliau.... dan beharap beliau tros semboh dan kembali aktif dalam KAMPUNG PARIT BUNGA RAYA HUJUNG,LEDANG...ini jasa bik anda semua sy dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.....

Monday 18 April 2011

kErOsAkAn JaLaN kAmPuNg












Jalan kampung parit bunga raya hujung banyak yang rosak kerana dilalui oleh lori yang membawa muatan batu...saya dan penduduk kampung berharap agar pihak yang berwajib membantu menyelesaikan masalah ini yang membimbangkan penduduk ini kerana ia boleh menyebabkan kemalangan pada anak-anak penduduk kampung ini kerana keadaan jalan amat dikesali...pendududk berharap agar ada pihak yang ingin membantu

Friday 1 April 2011

PEMERGIAN SEORANG PENDUDUK KAMPUNG SEBELAH

Pada hari ini 02 april 2011 seorang penduduk kampung simpang lima darat (sebelah kampung ini)seorang penduduknye telah pergi menghadap ALLAH maha pencipta...
diharapkan roh ditempatkan di tempat yang mulia dab terpuji...
beliau seorang yang bik dan tidak sombong dan suka membantu orang lain...




AL-FATIHAH

Wednesday 30 March 2011

Kempen Kesedaran Alam Sekitar Sempena “Earth Hour” 2011



image

pada 26 mac 2011 bersamaan 21 rabiulakhir 1432 hijrah penduduk kampung telah menyahut seruan kerajaan johor untuk memadamkan lampu selama 1jam....dengan cara itu ramai penduduk melahirkan pendapat betapa peritnya orang dulu kala hidup dengan bertemankan dengan lampu minyak tanah atau orang kampung imi memanggilnya "dimar ublik"...dengan cara ini juga penduduk dilatih untuk berjimat dan tidak melakukan pembaziran elektrik...... 

Tuesday 8 March 2011

ErTi SeBuAh PeRjUaNgAn&sEmAnGaT PeRjUaNgAn


Tanpa mengira parti politik atau NGO mana sekalipun landasan perjuangan ialah perkhidmatan kepada masyarakat samaada secara langsung atau sebaliknya. Perjuangan yang berjaya dan berkesan ialah yang lahir dari hati yang ikhlas dan pejuang pula sentiasa meletakkan kepentingan umum mengatasi kepentingan peribadi. Walaubagaimanapun perjuangan amat memerlukan pemimpin yang benar-benar komited dan diterima ramai.


Penerimaan orang ramai terhadap seseorang pemimpin lahir dari cara yang berbeza bergantung kepada situasi dan masa. Ada yang mudah dan sebaliknya. Mudah seperti anak bekas PM dan susah saperti anak penoreh getah. Walaubagaimanapun faktor penting bagi seseorang pemimpin ialah bagaimana ia boleh menguasai pemikiran dan perasaan orang ramai.

Orang ramai sentiasa memerlukan sumbangan perkhidmatan yang terbaik dari seseorang pemimpin tanpa mengira bagaimana pemimpin itu terpilih. Kadang-kadang aneh juga penilaian orang ramai terhadap pemimpin dibuat pada saat-saat akhir sesuatu pemilihan dan jarang rekod perkhidmatan yang panjang iaitu semasa pemimpin itu memimpin diambil kira dan dipertimbangkan. Ini yang diperkatakan sebagai perkara-perkara tertentu yang menguasai orang ramai terhadap pemimpin seperti khabar angin, kecacatan kecil yang sengaja diperbesarkan dan sebagainya iaitu dalam tempoh singkat pemilihan.

Walaubagaimana pun pejuang tidak perlu bimbang dengan situasi tersebut kerana matlamat asal adalah perjuangan untuk kepentingan orang ramai. Umpama lilin yang membakar diri. Tidak boleh putus asa atau lari dari tugas hatta perjuangan. Rakyat amat-amat memerlukan pembelaan. Kepada pemimpinlah mereka bergantung kehidupan mereka.

Seseorang pemimpin juga berhak untuk mencari jalan keluar sekiranya perjuangannya tidak mendapat sokongan sekalipun perkhidmatannya masih diperlukan. Bukan bermakna lari dari perjuangan tetapi sekadar beredar dari satu ruang perjuangan yang tidak mendapat sokongan. Perjuangan boleh disambung atau dipanjangkan dalam ruang lingkup yang lain.

Seperti yang saya sebut di atas tadi pemimpin perlu melunaskan tanggungjawabnya sebagaimana amanah dan harapan orang ramai apabila ia dipilih sebagai pemimpin. Tanggungjawab bertambah kritikal terutama dalam situasi sekarang khususnya yang berkaitan soal perpaduan dan ekonomi. Hanya pemimpin yang bijaksana saja yang dapat melaksanakan tugas dengan berkesan apabila pertimbangan yang tepat dilakukan. Pertimbangan yang tepat ialah yang berasaskan kepada keperluan rakyat mengikut keutamaan. Ertinya pemimpin mestilah bijak merumuskan sesuatu keutamaan untuk rakyat dimana yang paling penting didahulukan dan seterusnya mengikut urutan keutamaan.

Pada tahap inilah kewibawaan pemimpin teruji kerana terpaksa memilih antara kepentingan ramai dengan individu atau sesuatu kumpulan hatta penyokongnya sendiri. Justeru rakan-rakan amat perlu memahami situasi ini kerana jika matlamat gagasan rakyat tidak diutamakan pasti kita akan hilang kesemuanya.

Falsafah dan pegangan hidup ialah memahami dan menangani perubahan masa dan tempat. Kehidupan selalu menuntut supaya kita sentiasa bersedia untuk menerima perubahan, menyesuaikan diri dengan sesuatu perubahan dan seterusnya mengawal perubahan tersebut. Perubahan pasti akan berlaku kerana ia berkait rapat dengan perubahan masa dan tempat. Justeru pemimpin juga mesti bersedia mendepani falsafah ini jika ingin berjaya dalam kepimpinannya. Di satu peringkat pula pemimpin akan diuji untuk memimpin orang ramai supaya menerima dan menangani perubahan tersebut. Pemimpin yang berjaya ialah yang sanggup dan bersedia serta mampu menangani perubahan diperingkat dirinya dan kepimpinannya. Ertinya orang ramai atau rakyat yang dipimpin juga mampu dipimpin didalam menangani sesuatu perubahan.

Satu perkara yang amat memeritkan ialah mengutamakan kepentingan umum berbanding kepentingan kelompok tertentu kerana pemimpin yang berbuat demikian akan menerima tentangan hatta serangan dari pihak-pihak tertentu kerana tidak berpuashati dengan sikap pemimpin yang tidak melayan atau memberi kepuasan hati kelompok tersebut. Kelompok tertentu tersebut sanggup melakukan apa saja kerana kecewa asalkan matlamatnya tercapai atau melepaskan geram sebagai tanda protes atau tanpa arah tujuan. Kelompok sebegini umpama anai-anai atau virus yang merbahaya kerana seluruh gagasan perjuangan boleh musnah dan akhirnya rakyat atau masyarakat runtuh.

Jelasnya ialah keutamaan antara pemimpin dan individu atau kelompok tertentu khususnya penyokong umumnya mempunyai keutamaan yang berbeza. Pertembungan keutamaan tersebut biasanya akan menimbulkan suasana tidak sihat seterusnya pergeseran sehingga pemimpin yang baik akan dijatuhkan. Lebih parah lagi jika ada calun lain yang mengidamkan sesuatu jawatan akan dijadikan kambing hitam walaupun terpaksa melanggar peraturan apatah lagi tatasusila dan budaya melayu. Lebih buruk lagi jika amalan tidak sihat seperti rasuah, fitnah adu domba dan sebagainya menjadi sandaran dan amalan perjuangan.

Salah satu perkara yang menjadi tuntutan terhadap pemimpin ialah memenuhi kehendak setiap individu yang dipimpin. Memenuhi tuntutan sebegini bergantung kepada keadaan. Memanglah hasrat pemimpin untuk memenuhi kehendak setiap indivudu tetapi mesti dipertimbangkan juga soal kemampuan umpamanya duit atau peluang, masa saperti batasan masa, kuasa umpamanya kebergantungan kepada kuasa orang lain dan sebagainya. Walaubagaimanapun, mustahil pemimpin boleh memenuhi kehendak setiap individu kecuali dalam bentuk keperluan umum seperti kemudahan asas, peluang perniagaan, pekerjaan dan sebagainya.

Dalam kontek ini saya bersetuju sewajarnya rakyat Malaysia bersyukur kerana pimpinan negara telah menyediakan segala keperluan sepenuhnya walaupun masih banyak penambah baikan yang perlu dibuat yang sudah pasti tiada sempadannya. Sehubungan ini rakyat sewajarnya memberikan segala kerjasama sepenuhnya supaya usaha kerajaan untuk melakukan penambah baikan akan dapat berjalan lancar dan sempurna. Justeru konsep 1Malaysia boleh memacu ke arah mencapai matlamat ini.

kEnAnGan BaNjIr 2o11


sambutan maulidur rasul

Pada 25 januari 2011 bersamaan 22 rabiulawal 1432 hari jumaat yang mulia sambutan maulidur rasul bertempat di surau haji kaliman..
sikap bergotong-royong
makan sampai tuduk kepalenye
jamuan yang disediakan
ceramah pada malam itu telah disampaikan oleh al-fadil ustaz zulkarnain..